Saturday, August 16, 2008

Saiful TELAH BERSUMPAH terpulang pada umat ISLAM menilai-MALAYSIAKINI

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam menilai sendiri sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Saiful memilih kaedah Islam untuk menebus maruah dengan melakukan sumpah laknat, dan wajarlah umat Islam menilai langkah yang diambilnya itu, demikian dilaporkan oleh Bernama."Dalam sistem kita, mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah, dan Saiful memilih cara Islam, dan (kini) terpulanglah pada rakyat menilai sumpah Saiful itu.

"Sejak awal lagi saya katakan isu sebenar yang berlaku ialah melibatkan antara Saiful dan Anwar, dan ini tidak ada kena mengena dengan BN (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno untuk pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh semalam.

Mohd Saiful Bukhari petang tadi bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bagi membuktikan dakwaannya diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas.
Sementara itu Anwar pula menyifatkan upacara bersumpah yang dilakukan bekas pembantunya itu sebagai gimik politik kotor Umno untuk menjatuhkannya.

Anwar akan bertanding bagi merebut kerusi parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau akan ditentang oleh calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPRI) mengumumkan bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08

2 comments:

Malaysia said...

ABG ANWAR BILA LAGI..

Khairunnisa said...

Malaysia said...ABG ANWAR BILA LAGI..
Mak Wooi wat apa dok layan kan saifool kata dia dilewat pada 26hb.Ogos....tunggu dulu le..
cuba perhatikan semasa dia bersumpah...