Friday, August 15, 2008

Pendakwaan terhadap Anwar: Pertuduhan ditukar-malaysiakini

DARI DEPAN

[KEMASKINI] KUALA LUMPUR, 7 OGOS (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mempermainkan badan kehakiman dengan menukar-nukar dakwaan terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau ini membuktikan ada konspirasi dan campurtangan politik diatas pendakwaan yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Seperti yang disebut di kamar mahkamah Anwar telah berkata semalam Perdana Menteri berkata kes ini alah kes rogol dan ini telah memburukan imej Anwar, tetapi hari ini pula, mahkamah menukarkan pendakwaan dan menunjukan ianya adalah penyelewengan yang bertujuan untuk menghalang beliau dari mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil,”katanya kepada Suara Keadilan.

Diatas pendakwaan keatas beliau hari ini, beliau dituduh dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, bukan seperti sebelum ini dibawah Seksyen 377C.

Hakim, SM Komathy telah menetapkan 10 September depan dan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dalam perbicaraannya pagi ini di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Anwar mengaku tidak bersalah diatas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas pembantunya, Saiful .

Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Anwar yang ditemani isteri yang juga Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga anak sulungnya Nurul Izzah tiba di Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.35 pagi.

Diantara pemimpin yang hadir di Mahkamah pagi ini ialah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Naib

www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/08/1215&w=pertuduhan+liwat+keatas&d=R8x0-hg5RTIT&icp=1&.intl=us

6 comments:

Malaysia said...

Saiful: Saya tidak rela diliwat

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.Malaysiakini.

Si CEPOI DAH..ANWAR BILA LAGI..

Folk Doll said...

Kepada "malaysia"

Itu sumpah PALSU namanya. Nabi Muhammad dan umat terdahulu mana ada buat sumpah macam tu. Itu bukan sumpah cara ISLAM, tapi sumpah cara MELAYU. Si Saifool tu ada baca Al Quran? Anwar pun dapat memetik beberapa ayat Al-Quran ketika ceramahnya.

Kalau penjenayah menggunakan cara bersumpah untuk membuktikan mereka tidak bersalah, memang hancur negara ini.

Kalau nak keadian, bawalah ke Mahkamah Syariah! Itu baru betul. Sorry to say 'malaysia', you sama dengan si Sifool tu. Kali Saifook telah dipenuhkan poketnya dengan duit yang diberi oleh si Najib.

Malaysia said...

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong," katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Folk Doll said...

Kenyataan Saiful bercanggah lagi !!!
Hah .... sudah terbongkar. Tanpa sedar kenyataan Saiful sudah menjadi tunggang terbalik. Sila baca lapuran Utusan Meloya yang terbaru ....
Mohd. Saiful Bukhari Azlan menegaskan, beliau tidak rela sama sekali ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada 26 Jun lalu.

Beliau yang bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira pukul 6.30 petang ini bagi membuktikan dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Ini dilakukan tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.”

Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:

“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama.”

Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur dan berasa sangat lega selepas melakukan upacara bersumpah laknat hari ini dan buat pertama kali beliau mampu memberanikan diri berdepan dengan para wartawan dalam sidang media itu. - Utusan
Cuba anda rujuk berita sebelumnya ....
Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat. - selanjutnya dan INI
Beberapa kali atau sekali ..... kenapa kenyataan Saiful berubah ubah? Masih mahu bersumpah?

================================================================================

Itu sumpah PALSU namanya. Nabi Muhammad dan umat terdahulu mana ada buat sumpah macam tu. Itu bukan sumpah cara ISLAM, tapi sumpah cara MELAYU. Si Saifool tu ada baca Al Quran? Anwar pun dapat memetik beberapa ayat Al-Quran ketika ceramahnya.

Kalau penjenayah menggunakan cara bersumpah untuk membuktikan mereka tidak bersalah, memang hancur negara ini.

Kalau nak keadian, bawalah ke Mahkamah Syariah! Itu baru betul. Kali Saifook telah dipenuhkan poketnya dengan duit yang diberi oleh UMNO.

Folk Doll said...

saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini…insyAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.
Lihat senarai mereka yang telah diadili.

Ummi Hafilda Ali——> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar——> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin——> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji…..read more. http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=comments&sid=14392&tid=107658&mode=thread&order=0&thold=0

Mafia War said...

Saifool hanya memegang kitab yang seakan akan AlQuran. Saifool tidak membukanya untuk membuktikan ianya AlQuran. Cara bersumpah yang Saifool buat adalah cara Akuan Kanun Bersumpah cara konvensional dan bukannya cara Islam. Tiada junjungan AlQuran dan tiada pun mencium kitab Suci AlQuran selepas sumpah dibuat! Boleh dipercayakah sumpah yang dibuat tersebut yang dibuat sebelum pilihanraya dan disiarkan didalam TV3 secara live. Apa motif dia? Tunggulah balasan dan laknat dari Allah. Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, AllahuAkbar