Saturday, August 16, 2008

Saiful! Anda Bukan Makhluk Pertama Bersumpah Di Atas Nama Tuhan

Oleh abuhikam
"Keberanian seorang anak muda bersumpah di atas nama tuhan demi untuk membela diri yang tercemar, sedikit pun tidak mengejutkan atau menghairankan, kerana di zaman kemungkaran dan kemunafikan dijulang dan dimuliakan oleh ummah sekarang ini, anak muda kita semakin berani melakukan apa saja untuk memenuhi nafsu dan ambisi yang serakah dan tidak bermoral.

Hampir setiap hari, kita disogok dengan berita perlakuan anak muda muslim yang bejat moralnya, sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir di minda kita. Mereka tergamak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ugama, malah mencabar tuhan mereka sendiri. Ada yang sanggup memijak kitab suci Al Quran, kencing di atas Al Quran, meludahi Al Quran kerana taasub dengan ajaran-ajaran barat yang sesat dan meresap di dalam pemikiran dan perlakuan mereka.

Malah terdapat sebuah kumpulan muzik terkenal dari Indonesia tega memijak pentas yang berlatarkan kalimat ALLAH , sehingga mendapat bantahan dari seluruh ummat Islam di Indonesia.Tapi Maha Suci ALLAH, tuhan yang memiliki alam ini, masih izinkan makhluk-makhluk laknat ini hidup dan tumbuh segar bugar di buminya ini.

Kita juga pernah saksikan penghinaan ke atas Allah dan Rasul secara terbuka dan penuh penghinaan seperti Satanic Verses yang dibuat oleh Salman Rushdie. Tapi manusia terkutuk ini masih segar dan nyaman hidup dengan pemuh kemasyhuran.Apakah kutukan Allah masih belum berjalan keatas manusia-manusia jahanam di atas tadi ?. Sedangkan apa yang mereka lakukan jauh lebih dasyat dari bersumpah di atas nama tuhan. Atau mereka adalah di pihak yang benar?.

Maha Suci Allah yang memegang rahsia alam ini.

Bersumpah di atas nama tuhan adalah senjata terakhir bagi sesiapa pun untuk membela diri atau untuk menyerang pihak lawan.Konspirasi untuk menghukum pejuang-pejuang Islam Ikhwan Muslimin seperti Sayyid Qutb dan sahabat-sahabat Ikhwan di Mesir, bukankah dibantu oleh pembelot-pembelot yang sanggup bersumpah di atas nama tuhan.

Tentera Muawiyyah yang hampir tewas di tangan tentera Saiyyidina Ali dalam Perang Siffin yang masyhur itu telah mengangkat al Quran sebagai helah politik terakhir untuk memenangi perang tersebut. Menyebabkan tentera Ali berpecah belah, malah Sayyidina Ali terbunuh dalam konpirasi tertinggi itu. Dan Muawiyyah berjaya menjadi pemerintah selepas itu.

Di bumi Malaysia, demokrasi meizinkan parti politik mengagihkan duit, makanan atau kain baju atau apa saja, kemudiannya bersumpah di atas nama tuhan bersaksikan Surah Yassin akan memangkah partinya dalam pengundian nanti.

Saiful! Anda bukan makluk pertama sanggup bersumpah di atas nama tuhan.

dari TKO

SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08

No comments: