Saturday, August 16, 2008

Kenyataan Saiful bercanggah-malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

shamsul iskandar"Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.

"Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?" soal Shamsul dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kenyataan bahawa 'Saiful diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan terhadap Anwar, apabila akhbar utama melaporkan pada akhir Jun dan awal Julai lalu, bahawa Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh penasihat PKR itu, kali terakhir pada 26 Jun lalu, di sebuah kondominium di Damansara.

"Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui Saiful datang bertemunya pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. "Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?" soal Shamsul lagi.Persoalan, tambahnya, timbul mengapa wujud percanggahan ketara dalam dua fakta utama kes ini.

Hukum qazaf


"AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama' tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa 'persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah'.

"Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini," tambahnya.Shamsul berkata, pendakwaan yang dibuat oleh Anwar di bawah hukum qazaf yang dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

"AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya. Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan 'selamat bertanding' kepada Anwar.

"Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu," tambahnya.Shamsul yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Anwar.

SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08

SUB2-KONSPIRASI 1(98),TUDUHAN LIWAT- ULASAN ZUL NOORDIN

No comments: