DARI DEPAN
Persoalan yang saya timbulkan ialah bentuk kerajaan yang bakal ditubuhkan ( setelah kita berjaya meruntuhkan UMNO dan BN ) . Kita tidak boleh lari daripada membincangkannya. Pimpinan parti – parti PAKATAN mungkin membincangkannya dalam mesyuarat mereka . Cuma saya mengambil pendekatan melontarkannya kepada umum untuk difikir dan dibincang bersama secara ilmiah dan positif tanpa sebarang prejudis .
Persoalan yang saya timbulkan ialah bentuk kerajaan yang bakal ditubuhkan ( setelah kita berjaya meruntuhkan UMNO dan BN ) . Kita tidak boleh lari daripada membincangkannya. Pimpinan parti – parti PAKATAN mungkin membincangkannya dalam mesyuarat mereka . Cuma saya mengambil pendekatan melontarkannya kepada umum untuk difikir dan dibincang bersama secara ilmiah dan positif tanpa sebarang prejudis .
Saya juga bermaksud agar ia menjadi satu cambahan pemikiran dikalangan kita masyarakat awam yang mendokong PAKATAN amnya dan khasnya buat anggota Gerakan Islam .
Apakah bentuk Kerajaan PAKATAN yang bakal ditubuh ? persoalan ini timbul sebagai satu persiapan dan persediaan malah ia penting kepada kita sebagai seorang pejuang Islam yang mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita . Justeru kita tidak boleh mendokong sebuah kerajaan yang meminggirkan Islam atau tidak memberi tempat kepada kuasa Islam dalam politik atau juga pentadbiran Negara.Perlu dijelaskan disini saya tidak bermaksud menolak PKR dan DAP dalam konteks mereka sebagai madu'u. Tetapi saya mencadang agar PAS menarik diri dari pembentukkan kerajaan persekutuan JIKA Islam tidak dominan .
Dengan maksud PAS tidak boleh menjadi anggota kpd sebuah kerajaan persekutuan yang Islamnya tidak dominan. Sebagai mana kita menolak UMNO kerana mrk mempersiakan Islam , begitulah tahalluf yang PAS buat dgn Pakatan atau siapa shj tidak boleh sampai mempersiakan Islam .PAS menolak UMNO krn mrk merosakkan Islam dan bangsa sendiri so kita tidak boleh mengulang situasi yang sama dgn tahalluf yang kita buat .
JIKA Pakatan boleh bentuk kerajaan yang Islamnya terpelihara , maka tiada halangan utk PAS terus bersama menjadi anggotanya. Saya menyebut JIKA kuasa politik berada di tangan bukan Islam maka masa depan ummat Islam di negara ini akan terus suram sebagaimana suramnya mrk dizaman UMNO atau mungkin lebih kelam .( saya bukan bercakap soal majoriti rakyat dlm negara . Saya bercakap soal majoriti ahli parlimen yg ada kuasa mengundi dlm parlimen utk menentu dasar dan keputusan . di tangan siapakah ia ? itu persoalannya )
Saudara bayangkan , JIKA anggota kabinet dan suara majoriti adalah bukan Islam dan mereka boleh menentu dasar dan kuasa ,bagaimana keadaan ummat Islam dan kepentingan agama Islam dalam negara ini ?Sebelum ini kita bertahalluf ( kerjasama ) dan kita tidak kesal dgn tahalluf tersebut , tetapi perlu diingat bhw Islam meletak syarat dalam tahalluf agar Islam tidak tergugat. Jika Islam dilihat tergugat maka tahalluf tersebut mesti dikaji semula .
Kita tidak boleh mengizinkan Islam dicabar . Hari ini pun saya lihat sedikit demi sedikit usaha mencabar Islam berkembang. Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan.Sekali lagi saya tegaskan JIKA kerajaan pakatan yang bakal ditubuh , majoriti MP nya ( yang akan menentu suara/keputusan dalam parlimen ) ialah bukan Islam , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh menjadi anggotanya.
PAS mesti berada di luar dari Kerajaan itu . bukan sebagai anggota kerajaan yg nantinya terpaksa akur dgn suara ramai / majoriti dlm kerajaan tersebut sekalipun keputusan tersebut bercanggah dgn Islam. .Saya bukan bercakap soal dakwah di dalam artikel tersebut. Dakwah tetap menjadi asas perjuangan PAS dan dakwah adalah tugas rasmi dan rutin PAS. Tiada siapa yang boleh pertikai kerja dakwah yang telah dilakukan oleh PAS. So PAS akan terus berdakwah biarpun diluar pakatan. Yang saya timbulkan ialah soal keanggotaan kpd sebuah kerajaan yang kuasa majoritinya bukan ditangan Islam .
Kepada kawan - kawan bukan Islam , tidak perlu kecil hati dgn cadangan seperti ini . Kerana Islam tidak pernah memerangi golongan yang tidak memeranginya. Islam juga agama yang merentasi batas kaum dan bangsa . Islam malah agama yg adil . Saya percaya , bukan Islam boleh menerima dominasi kuasa org Islam dalam Malaysia yang agama rasminya ialah Islam. Justeru Islam adalah agama adil dan baik.Apabila saya sebut soal Islam maka ia tidak dibaca sebagai berbau perkauman. Sebab Islam adalah cara hidup untuk semua . bukan untuk Melayu , Cina atau India .Saya percaya rakan – rakan bukan Islam khasnya ahli kelab penyokong tidak akan kecil hati dan menjauhkan diri dari PAS kerana sedari awal mereka memahami dan menjiwai perjuangan PAS , sebab itu mereka mahu menjadi ahli kelab penyokong PAS. Mereka tidak masuk DAP walau mereka cina dan mereka tidak masuk PKR walau mereka boleh ke sana .
Cuma ada kegusaran dikalangan mereka apabila mendapat maklumat ( yang salah ) yang mengatakan PAS nak masuk UMNO . Saya mendengar sendiri daripada Tuan Guru Presiden hari ini bahawa PAS tidak akan menyertai UMNO dan BN selagi mana UMNO dan BN tidak bersih dari segala maksiat dan mungkar ( penyelewengan ) nya.Kita tetap dengan prinsip Islam yang amat menghormati agama lain sebagaimana yang praktis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan malah memberi hak kepada bukan Islam sebagaimana ia diajar oleh Islam. Islam tidak menipu , menyeleweng jauh sekali menindas orang lain termasuk yang bukan Islam. Ini jelas terbukti di Kelantan.
Saya ada menyebut sebelumnya , kalau PAKATAN berkeras juga nak menjadikan negara Malaysia ini tidak di dominasi oleh org Islam dalam kuasa politiknya , maka saya cadang agar PAS tidak menjadi anggota kerajaan tersebut. Saya bukan cadang PAS memusuhi kerajaan tersebut. sebaliknya PAS mesti berada di luar dari kerajaan tersebut.Saya juga tidak mencadangkan supaya PAS memusuhi Pakatan Rakyat tetapi saya cadang JIKA kerajaan yang Pakatan nak di bentuk itu tidak mengambil kira soal kuasa politik org Islam , maka PAS mesti menarik diri dari kerajaan tersebut.
Dakwah tetap jalan , persahabatan selama kita tidak dimusuhi boleh diteruskan . Engagement juga akan diteruskan cuma tidak berperanan sebagai anggota kpd kerajaan tersebut.Seperkara lagi , saudara kena memahami maksud JIKA yg saya bawa. dlm bhs arab , JIKA ialah terjemahan dari huruf IN ( Alif baris bawah dan Nun mati ) membawa maksud syarat . maksudnya : syaratnya JIKA berlaku sebagaimana yang saya maksudkan iaitu kuasa politik terlepas dari tangan org Islam maka jawab syaratnya ialah PAS mesti tarik diri dari kerajaan tersebut .JIKA syarat itu tidak berlaku , maka tiadalah cadangan seperti itu .Sebab sifat Islam ialah memimpin dan menguasai . Kita menyakininya kerana Islam bukan agama ciptaan manusia tetapi ia adalah ciptaan Ilahi maka Islam pada bila – bila masa pun mesti diperjuangkan agar ia mengatasi ideology ciptaan manusia .
2. Ada pula pihak yang mempertikaikan , jika itu penegasannya dan telah mengetahui keadaan PKR dan DAP , kenapa awal –awal lagi kita mengadakan pakatan ( tahalluf ) dengan PKR dan DAP . Lalu sekarang mengambil sikap mahu menarik diri pula .Dari sini kita mesti memahami prinsip tahalluf. Tahalluf adalah suatu yang dibenarkan dengan maksud kita boleh bertahalluf dengan PKR dan DAP atau mana – mana pihak yang lain . Tetapi Prinsip tahalluf mestilah dipelihara dan dipatuhi . Antara prinsip dan syarat tahalluf ialah :
a. Membawa maslahah Islam dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip asas Islam.
b. Mengakui atau mengiktiraf kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
c. Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. [1]
Terdapat juga persefahaman yang bersifat sementara antara kita dengan pihak yang lain . ianya disebut sebagai Muwada’ah ( ada ulama’ menyebut sebagai hadanah iaitu gencatan senjata ) dan Isti’anah ( meminta pertolongan atau bantuan . )
Tahalluf pula dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut keadaan .
a. Dalam peringkat Tahalluf membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat :
· Kepimpinan mestilah ditangan orang Islam
· Mengiktiraf Negara Islam
· Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
b. Dalam peringkat Tahalluf tanpa membentuk Kerajaan :
· Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
· Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan penyelewengan
· Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyyah .
Tahalluf boleh batal atau dalam bahasa lain satu pihak yang bertahalluf menarik diri apabila syarat tahalluf itu telah hilang atau dinafikan .
Kita melihat Nabi saw. Pernah membina hubungan yang baik dengan Bani Hasyim dan Bani Abd Mutalib khasnya bapa saudara baginda Abu Talib walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam. Tetapi apabila Abu Talib pernah memujuk Nabi agar bertolak ansur dengan musyrikin dalam perkara prinsip lalu nabi dgn tegas menjawab :
يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته حتى يظهره الله أو أهلك دونه
Wahai bapa saudara ku , Demi Allah jika mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiri ku supaya aku meninggalkan urusan ini ( perjuangan Islam ) nescaya tidak akan kutinggalkan sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada agamaNya dan aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus mempertahankan Nabi saw. Setelah melihat ketegasan nabi dalam prinsip perjuangannya.Rasulullah saw. Pernah menangguhkan tahalluf ( kerjasama ) dengan bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama – sama menegakkan Negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini tercetus apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja .
Rasulullah saw. pernah membatalkan tahalluf yang mahu dilakukan dengan Bani A’mir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan Negara tanpa menerima Islam .Adapun yang berkait dengan persefahaman sementara seperti Muwada’ah , ianya dilakukan dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah . Di dalam Syarah Muhazzab karya Imam Nawawi rhm. Menyebut antara maslahanya ialah mengharapkan mereka masuk Islam atau mereka membayar jizyah jika tidak memeluk Islam atau menolong Islam memerangi musuh yang lain .
Ada ulama’ menghadkan tempoh bagi persefahaman seperti ini kepada hanya 4 bulan sahaja , ada yang mengharuskannya berasaskan maslahah kerana Islam dan ummatnya berada di dalam keadaan lemah . Ada pun jika tiada maslahah atau mudaratnya lebih banyak ia TIDAK diharuskan .Ya Allah , semalam saya dapat satu sms yang berbunyi : Salam , artikel terbaru ustaz dalam blog menunjukkan ustaz berada dalam kem Tuan Guru Hj. Hadi dan tidak bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz .... betul ker ?
Saya hanya mampu menjawab : dalam parti tiada kem Wallahuallam kalau ada orang lain buat kem. Ana bagi pendapat yang ana rasa betul. Ke dua - dua tu Tok Guru ana . Perbezaan pendapat berasaskan ilmu tanpa menunding antara satu sama lain adalah khilaf yang baik. Yang salah bila khilaf pakai emosi dan saling menuding serta memfitnah sama sendiri .Macam kita pakai mazhab Syafie bukan bermakna kita tolak atau tidak setuju dengan mazhab Hanafi . Kita tidak boleh sayang satu tok guru dengan membenci tok guru yang lain .
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14221
No comments:
Post a Comment