Friday, August 22, 2008

Rumah Petra digeledah polis-malaysiakini

Rumah pengendali blog popular Malaysia Today pagi ini diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

raja petra house raided by police 220808 03Menurut laporan blog itu, sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi tadi.Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Blog itu menyebut Raja Petra akan disiasat polis selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Akuan berkanun doktor hospital swasta itu pertama kali muncul di Malaysia Today pada hari Anwar dituduh di mahkamah, 7 Ogos lalu.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Anwar dibawa ke mahkamah sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu yang diadakan selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandangannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.

raja petra house raided by police 220808 01Dr Mohamed Osman, yang memeriksa pemuda itu beberapa jam sebelum membuat laporan polis 28 Jun lalu, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu. Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.Di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful.

No comments: