Thursday, August 14, 2008

PANAS DI MUKTAMAR-MALAYSIAKINI

dari depan
Menurut sumber-sumber lagi, perdebatan isu ini paling hangat dibahaskan oleh pemimpin-pemimpin Dewan Pemuda PAS di pertemuan sehari suntuk di stadium tertutup Indera Mulia, Ipoh yang berakhir petang tadi.

Abdullah turut menyifatkan perbahasan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di sebelah pagi itu panas kerana kelantangan wakil-wakil pro-muqabalah itu berhujah "seolah-olah tiada lagi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat".

Kumpulan ini, tambahnya, turut mengkritik dua lagi parti dalam Pakatan, PKR dan DAP, selain tokoh utama pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.

Persidangan itu juga panas apabila perwakilan Pulau Pinang membangkitkan isu hubungan dalaman Pakatan seperti dakwaan PAS dipinggirkan dalam pelantikan ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di negeri itu – kini diketuai DAP.

Timbalan ketua penerangan Pemuda PAS juga berkata, sikap pimpinan atasan Pulau Pinang tidak melayan permintaan PAS hendak berjumpa dan berbincang mengenai sesuatu perkara turut ditimbulkan.

Di negeri Selangor pula, perwakilannya menimbulkan isu seolah-olah PAS disisihkan dalam pemerintahan negeri, tambahnya.

Di sebelah petang, kata Abdullah, dalam ucapan penggulungannya, Salahuddin mempertegaskan kembali pendirian dewan itu bahawa PAS sedia bermuzakarah dengan sesiapa juga tetapi tidak mahu perkongsian kuasa.

Beliau turut menegaskan bahawa PAS akan kekal dalam Pakatan. Penjelasan ketua Pemuda PAS itu berkaya meredakan ketegangan sepanjang persidangan, kata Abdullah.

Empat usul telah dibangkitkan, tiga diterima – mengukuhkan hubungan dalam Pakatan, memantapkan peranan penyokong bukan Islam dalam PAS dan isu kedaulatan negara di perairan sekitar Pulau Batu Puteh yang kini jatuh ke tangan Singapura.

Satu usul yang dibawa oleh Terengganu ditolak iaitu cadangan menubuhkan sekretariat bersama PAS dengan badan-badan berasaskan Islam dan Melayu.

No comments: