Tuesday, August 12, 2008

PAKATAN RAKYAT GOYAH ?-MALAYSIAKINI

dari depan
Abdul Hadi dilaporkan berkata demikian sebagai merujuk kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan selepas 16 September ini seperti sedang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap di sidang akhbar di Subang Jaya selepas menghadiri dialog bajet negeri itu bagi 2009, Abdul Khalid berkata:

“Dan saya rasa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi itu menegaskan perlunya masyarakat Malaysia menerima perjuangan mereka untuk memperjuangkan agama Islam dan ummah sebagai salah satu perjuangan yang tidak boleh ditolak ansur.

"Dan kita (Pakatan) menerima hakikat tersebut."

Sementara itu, exco agama kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu hanya satu kenyataan dan dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan sudah tentu ada “tolak-ansur”.

"Itu satu kenyataan. Dalam Pakatan ini, saya fikir, dalam musyawarah (mesyuarat) sudah tentu ada tolak ansur dan sebagainya. Apa pun dasar-dasar (PAS) itu perlu dipertahankan.

"Dan saya fikir untuk membawa dasar seperti itu, tentang ahli-ahli (Pakatan) yang lain, patut dihormati pendapat masing-masing. Dalam penghormatan itulah, saya fikir, kita dapat satu kesepaduan terhadap sesuatu matlamat yang kita perjuangkan," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Menjelaskan lanjut perkara itu, beliau berkata:

"Itu sebenarnya pendirian PAS tentang pemerintahan, tentang pentadbiran, sebab itulah (yang ada) dalam perlembagaan PAS. Maksudnya kalau kita membuat cadangan yang berlainan daripada itu, maka ia bertentangan dengan pendirian PAS."

1 comment:

Anonymous said...

So, it's time for DSAI and Pakatan Rakyat to be ready to rule this country. PR when it comes to power, must ensure the development of best practices, courses of action and principles to strengthen good governance,whether public or private is put into practice. Only then can it put the BN 'Ghost' to rest and rule the nation with conviction...More http://margeemar.blogspot.com