Thursday, August 14, 2008

PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PAUH-MALAYSIAKINI

dari depan

"Saya bimbang jika perkara ini disengajakan, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihanraya yang sebenarnya," kata Arif Shah yang dijangka menentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 26 Ogos ini. Kerusi itu dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.

Bagi kerusi negeri Seberang Jaya, pada pilihanraya 2004, Arif Shah, yang memperoleh 10,113 undi menewaskan Dr Mansor Othman dari PKR dengan majoriti 4,464 undi, dan dalam pilihanraya baru-baru ini, beliau menang dengan majoriti 533 undi setelah mengalahkan Ramli Bulat juga dari PKR.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kewujudan "pengundi hantu" itu, berkata sebarang bantahan terhadap daftar pemilih mestilah dilakukan ketika ianya dipamerkan."Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 menyatakan mana-mana daftar pemilih yang telah disahkan melalui proses undang-undang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah.

"Daftar pemilih yang telahpun diluluskan undang-undang itu tetap akan digunakan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh," katanya.Kamaruzaman juga berkata segala persiapan SPR bagi menghadapi pilihanraya kecil itu berjalan lancar.

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 pengundi pos, layak mengundi dalam pilihanraya kecil itu.

SUB-LINK TERPILIH

PAS mahu Hadi jadi PM Pakatan-MALAYSIAKINI

PAS lebih senang jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Bagaimanapun PKR pula lebih suka penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama itu, tambahnya."Kalau ikut pandangan Dewan Ulama PAS, tentulah Presiden PAS (Abdul Hadi) lebih layak. Tentulah kita mahu pemimpin kita.

"Kalau tanya orang Keadilan (PKR), dia akan kata presiden Keadilan," katanya, seperti dipetik Bernama, selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS di Ipoh pagi ini. Cadangan melantik Abul Hadi dinyatakan juga oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah semalam.

Menurut agensi berita itu lagi, ditanya sama ada pendirian pemimpin PAS itu boleh menimbulkan perebutan jawatan itu antara anggota-anggota Pakatan Rakyat, Mohamed berkata "soal itu tidak akan timbul" kerana perbincangan boleh dilakukan antara tiga parti itu.

"Kita akan bincang antara tiga parti itu... serupa dengan kes pelantikan menteri besar Perak. Tetapi bagi kita Dewan Ulama PAS, Abdul Hadilah lebih layak, cuma nak lantik itu tak semudah yang kita kata, kena bincang," beliau dipetik sebagai berkata.Bagaimanapun, tambahnya, Dewan Ulama PAS tidak mempunyai kuasa dalam soal tersebut dan sekadar memberi pandangan kerana ia perlu dibincangkan di peringkat Majlis Syura serta Jawatankuasa Agung.

Mohamed berkata, Dewan Ulama juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong pelantikan Anwar "asalkan pelantikan itu nanti mampu mendatangkan kebaikan dan menguntungkan Islam.Kalau tidak menguntungkan Islam... kita tengok dan lihatlah nanti,"
katanya.

SUB-Penjelasan Isu Kuota UiTM

PM: Harga minyak turun 1 September-malaysiakini

dari depan

Perdana Menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmi kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan perhimpunan penjaja Wilayah Persekutuan di PWTC pagi ini.

Mengenai Proton

Mengenai Proton pula, beliau berkata, kerajaan menyerahkan kepada Proton untuk memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan General Motors.Katanya, syarikat kereta nasional itu telah menetapkan bahawa ia akan memulihkan Proton supaya ia lebih berdaya maju.

"Langkah-langkah yang telah diambil, telah menunjukkan kejayaan. Kereta Proton telah mendapat pasaran yang baik," katanya.Bagaimanpun, tambah Abdullah, Proton boleh berbincang dengan pengeluar kereta yang lain.

"Saya yakin Proton boleh memberi harapan kepada kita (untuk) menjadi pengeluar kereta nasional yang baik.

"Soal terima cadangan dari pihak lain, biar Proton tentukan. Saya mahu Proton yang membuat pertimbangan, bukan kita pertimbangkan dan suruh Proton terima.

"Ini hal perniagaan, biar pihaknya (Proton) yang menentukan," kata perdana menteri.

Sebuah akhbar melaporkan hari ini bahawa General Motor berminat untuk menjalin kerjasama dengan Proton. Baru-baru ini, pembuat kereta dari Amerika Syarikat itu telah mengadakan perbincangan dengan Proton, tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.Kerajaan juga telah mengulangi baru-baru ini bahawa ia bersikap terbuka berhubung mendapatkan rakan kongsi untuk Proton.

Wednesday, August 13, 2008

Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah


DARI DEPAN

Terharu dan tersentuh dengan ratap sembah pimpinan PAS serta penghargaan yang tinggi oleh Raja yang amat disayangi oleh rakyat marhaen Perak atas kesudian menerima mengadap pimpinan PAS membuatkan hati ini tenang dan bangga seketika.

Tenang melihatkan Raja Yang Adil, Raja Berpengetahuan begitu prihatin dan mesra, keperibadian tinggi Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah mewarisi ayahandanya D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Bangga melihat parti PAS mulai diterima keseluruhannya oleh masyarakat madani daripada peringkat bawahan, pertengahan waima peringkat hirarki diraja. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah atas limpah kurnia-Nya, bumi Perak akan terus dilimpahkan rezeki serta keamanan.

Ayuh rakyat Perak, bulatkan tekad satukan hati, pimpinan PAS menunjukkan saf jalannya, Raja menerima, tunggu pilihanraya seterusnya. Jangan dirosakkan apa yang ada..mantapkan ikatan ukhwah kita masing-masing.

Untuk pimpinan Barisan Nasional, jangan diganggu-gugat kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat ini, jika ingin berjuang tunggulah pilihanraya berikutnya. Bagi peluang pimpinan yang ada untuk memerintah.

Untuk kerajaan Pakatan Rakyat, jangan sia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Allah melihat apa yang kita lakukan dan kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi.

Bersama kita memohon Allah memberkati dan melimpahkan rahmat kepada D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim bersama puteranya, Raja Dato’ Seri Azureen binti Sultan Azlan Shah, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah,Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah serta Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Shah serta kerabat baginda.

Patik gembira menjadi rakyat tuanku. Sembah patik harap diampun. Nekadislam"

www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14299