Sunday, August 24, 2008
PENDEDAHAN IMAM MASJID WILAYAH-malaysiakini
VIDEO
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?
RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.
SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?
RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.
SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?
RP- Tidak ada.
Ramlang Porigi ketika di temuramah oleh Suara Keadilan
SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.
RP- Ya!
Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?
RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.
SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?
RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.
SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?
RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja
SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?
RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. Kita jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.
SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis ‘mencari’ ustaz?
RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk.
Saturday, August 23, 2008
‘Pelan 31 Ogos'-malaysiakini
DARI DEPAN
Dalam sidang akhbar berasingan, Bernama melaporkan, dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dikaitkan dengan kes itu menuntut media yang mengeluarkan laporan berhubung kes rasuah itu menarik balik kenyataan berkenaan serta menyiarkan kenyataan memohon maaf selain membuat penjelasan bagi membersihkan nama mereka dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya permohonan maaf terbabit tidak dilakukan dalam tempoh 24 jam, mereka akan memfaikan saman sebanyak RM100 juta kepada pihak berkenaan.Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.
Manakala akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".
Kenyataan BPR
Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.
BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.
SEMANGAT 99-UNTUK PETUGAS DAN PENDUDUK PERMATANG PAUH
Thursday, August 14, 2008
PESANAN KEPADA ANDA YANG KE PERMATANG PAUH-malaysiakini
Tidak ramai yang mengetahui perkara ini, pihak CIA dan FBI telah mula berkampung disekitar kawasan Permatang Pauh dan Butterworth bagi memantau pilihanraya ini. Ditegaskan disini kehadiran merekan kesini tiada kaitan dengan DSAI atau jemputan dari PR.(Istilah 'Ditegaskan' disini membawa maksud untuk menangkis fitnah-fitnah yang mungkin berlaku). Tugas mereka bukan sahaja memantau pilihanraya, tetapi tugas besar mereka adalah untuk memantau Abdullah Badawi kerana kes-kes antarabangsa yang mungkin dihadapkan kepadannya (Tuduhan akan diberitahu oleh saya selepas penamaan calon, harap maaf.).
Kehadiran wakil dari pihak United Nation (PBB) untuk memantau pilihanraya pada kali ini. Juga kehadiran hampir semua Major Brodcasting Company di Permatang Pauh untuk membuat liputan mengenai pilihanraya ini. Sebuah stesen Tv di Indonesia juga akan menayangkan secara langsung keadan dihari penamaan calon tersebut.
Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dihari penamaan calon adalah sebagai pengiring DSAI.
Saya juga ingin menyampaikan pesanan dari DSAI kepada semua penyokong PR. PR tidak mahu mengambil tahu siapa calon yang bakal ditentang. DSAI mahu semua penyokong dan petugas-petugas pilihanraya bekerja bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan bilik-bilik gerakan kosong. Haruslah ada orang yang menjaganya setiap masa.
Cogan kata MERDEKA telah diumumkan oleh DSAI sebagai moto bagi PR pada pilihanraya kecil ini. Merdeka disini membawa maksud, Merdekakan rakyat dari belenggu kemiskinan, Merdekakan rakyat dari kenaikan harga minyak, Merdekakan Malaysia dari rasuah dan kronisme, Merdekakan institusi dan badan perundangan dari rasuah, setiap rakyat yang merdeka berhak untuk mendapat pendidikan percuma dan rawatan kesihatan percuma, dan Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN.
PERINGATAN: Pada penyokong PAS, PKR dan DAP, ini bukanlah masanya kita untuk bertekak siapa yang betul dan siapa yang salah antara kita. Yang penting kita kena memastikan DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Dengan kemenangan beliau, peratusan untuk PR ke Putrajaya amat tinggi. Kita sebagai orang bawah dan pemimpin peringkat akar umbi haruslah berfikiran rasional dan bekerja berganding bahu bagi memastikan DSAI memenangi pilihanraya ini. Pilihanraya belum lagi bermula, tetapi anda semua masih lagi bersifat kebudak-budakan. Putrajaya belum ditawan, tetapi kata-kata anda itu boleh memberi kesan kepada peratusan PR untuk ke Putrajaya.
Ingat, Pertama sekali kita mesti Merdekakan Malaysia dari cengkaman UMNO/BN terlebih dahulu. Ini penting dan simpan ayat ini diminda anda.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14359
PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PAUH-MALAYSIAKINI
"Saya bimbang jika perkara ini disengajakan, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihanraya yang sebenarnya," kata Arif Shah yang dijangka menentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 26 Ogos ini. Kerusi itu dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.
Bagi kerusi negeri Seberang Jaya, pada pilihanraya 2004, Arif Shah, yang memperoleh 10,113 undi menewaskan Dr Mansor Othman dari PKR dengan majoriti 4,464 undi, dan dalam pilihanraya baru-baru ini, beliau menang dengan majoriti 533 undi setelah mengalahkan Ramli Bulat juga dari PKR.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kewujudan "pengundi hantu" itu, berkata sebarang bantahan terhadap daftar pemilih mestilah dilakukan ketika ianya dipamerkan."Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 menyatakan mana-mana daftar pemilih yang telah disahkan melalui proses undang-undang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah.
"Daftar pemilih yang telahpun diluluskan undang-undang itu tetap akan digunakan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh," katanya.Kamaruzaman juga berkata segala persiapan SPR bagi menghadapi pilihanraya kecil itu berjalan lancar.
Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 pengundi pos, layak mengundi dalam pilihanraya kecil itu.
SUB-LINK TERPILIH
Wednesday, August 13, 2008
Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya lawan Anwar-MALAYSIAKINI
Majlis tersebut dihadiri oleh penyokong BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan wakil dari MIC dan PPP.
Turut hadir ialah Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
Dalam ucapannya, Najib menyentuh tentang dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa lebih 30 ahli Parlimen BN akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September depan.
Katanya, beliau tidak nampak kemungkinan ianya akan berlaku yang akan memboleh Pakatan mengambil alih kerajaan.Beliau juga berkata, Anwar tergesa-gesa untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana hendak menubuhkan kerajaan dan menjadi perdana menteri.
"Saya tak dengar ahli Parlimen nak lompat, macam katak. Nak cari 30 ekor katak dalam masa sebulan, yang sanggup melompat masuk Pakatan Rakyat daripada BN, saya tak nampak akan berlaku," katanya.Menurut Najib lagi, beliau tidak akan menyentuh soal peribadi Anwar kerana ia bukan soal BN.
Baru-baru ini, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Bagaimanapun, Najib berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan berlaku proses mahkamah yang adil dan saksama.
Monday, August 11, 2008
BN tewas lawan Anwar-MALAYSIAKINI
Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.
Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.
Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.
Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.
Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.
Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.
Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.
Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.
Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran. Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.
Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.
Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.
Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.
Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.
Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.
(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)
Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar. Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.
Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu. Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.
Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.
Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN. Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.
Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif. Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.
Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.
Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.
Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi. Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan. Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.
Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.
'Malaysia baru' -MALAYSIAKINI
Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya.
Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan.
Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya.Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974.
Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam."
Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno.
Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda.
Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri.
Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik.
Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara.
Sejak beliau tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat, kini beliau sekali lagi beradu tenaga mencuba nasib untuk kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara.
Kerusi parlimen P44 boleh dikatakan secara tradisinya adalah milik Anwar sejak tahun 1982. Sebelum itu, kerusi tersebut kubu luat PAS. Dalam pilihanraya tersebut, beliau bertanding atas tiket BN menentang calon PAS, Zabidi Ali dan menang dengan majoriti 14,352 undi.
Pada 1986, beliau ditentang oleh Mohamad Sabu, tokoh muda PAS waktu itu (sekarang naib presiden). Walaupun menang tetapi Mohamad berjaya mengurangkan undi majoriti kepada 10,479.
Pada 1990, di kala Umno masih mengalami luka parah akibat pengharamannya dan perebutan kuasa yang menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46, Anwar masih berjaya mengekalkan kerusi beliau dengan undi majoriti sebanyak 16,150 dengan mengalahkan Mahfuz Omar (bekas ketua Pemuda PAS, kini ketua penerangan).
Pada 1995, DAP meletakkan calon Melayu di kawasan tersebut dan keadaan ini membuka ruang lebih besar kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,515 undi.
Calon DAP itu Abdul Rahman Manap. Bagaimanapun tiada siapa menduga, tahun itu merupakan pilihanraya terakhir bagi Anwar kerana belum sempat pilihanraya seterusnya diadakan, beliau telah ditumbangkan daripada singgahsana politik Umno.
Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara.
Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahakamh dengan mata lebam.
Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar.
Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir.
Parti Keadilan Nasional dengan wajah baru untuk rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama ditubuhkan pada April 1999, lima bulan sebelum pilihanraya umum.
Dalam pilihanraya tahun itu, Dr Wan Azizah bertanding di kerusi P44 Permatang Pauh dan ditentang oleh bekas setiausaha politik Anwar sendiri dan juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad.
Ramai berpendapat tujuan utama Dr Mahathir meletakkan Dr Ibrahim untuk membunuh karier politik rakan Anwar itu kerana sudah menjadi rahsia umum beliau seorang kroni Anwar.
Kalau menang, Dr Ibrahim mempunyai masa depan yang cerah. Kalau kalah, yang akan terkubur Dr Ibrahim dan bukannya Umno. Dalam pillihanraya umum tersebut, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 9,077 undi. Beliau menerima 23,820 undi, manakala Dr Ibrahim menerima 14,473 undi. Boleh dikatakan dalam pilihanraya 1999, Umno telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. Namun sumbangan bukan Melayu dilupakan begitu sahaja selepas pilihanraya umum 2004.
Pada tahun itu, BN telah meletakkan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail untuk bertanding menentang Dr Wan Azizah. Namun faktor Anwar telah memberikan kemenangan solo kepada PKR. Isterinya memenangi 21,737 undi, manakala Pirdaus menerima 21,147 undi. Dr Wan Azizah menang dengan majoriti tipis 590 undi - itu pun selepas pengiraan semula pada hari berikutnya.
Selepas pilihanraya tersebut, Umno menjangkakan PKR akan berkubur atau kembali merujuk Umno dalam masa terdekat. Namun kesemua jangkaan itu meleset.
Pilihanraya umum 8 Mac lalu menjadi satu titik perubahan dalam sejarah politik negara.
Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia.
Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru."
Setuju atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan.
Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia.
Untuk Anwar kekal relevan dalam politik, isterinya mengisytiharkan mengosongkan kerusi P44 untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan termasuk pengosongan kerusi sebagai satu strategi untuk menghalang tindakan undang-undang terhadapnya dalam kes moral, namun perkembangan tersebut sebenarnya menjadi satu medan politik yang terbaik untuk membuktikan kuasa rakyat.
Persoalannya, apakah BN sebagai kerajaan pusat mampu mengalahkan Anwar di P44 Permatang Pauh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat?
P44, berdasarkan senarai pengundi yang digunakan dalam pilihanraya ke-12 mempunyai 58,449 pengundi. Pecahannya menunjukkan pemilih Melayu adalah majoriti dengan bilangan 40,563 atau 69.4 peratus. Pemilih Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India 3,507 orang atau 6 peratus.
Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya itu tinggi iaitu 47,288 orang (81.8 peratus), manakala undi rosak pula 110. Dalam kerusi parlimen ini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. BN hanya menguasai Seberang Jaya dengan majoriti 533 undi. Majoriti tersebut telah berkurangan daripada 4,464 uni yang dimenangi dalam pilihanraya 2004.
Permatang Pasir dikuasai PAS, manakala Penanti dimenangi oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin yang kemudiannyadilantik timbalan ketua menteri I Pulau Pinang. Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoritilebih besar berbanding 2004.
K Raveendran Nair