Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Tuesday, September 16, 2008

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong-MALAYSIAKINI

Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional.

tian chua 03 240505Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, langkah ini akan berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam".

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata Pakatan mungkin mendapat campur tangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin untuk meyakinkan baginda berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, agensi berita AFP memetik bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan daripada 116 ahli parlimen - ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih 31 ahli parlimen daripada BN, jumlah yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Tuesday, September 2, 2008

Anwar janji 'bajet baru' lebih baik-malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membentangkan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.

Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit, mengurangkan cukai dan harga minyak, merangsang pelaburan serta mengamalkan sistem tender terbuka.Anwar menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan bajet baru jika berjaya menubuhkan kerajaan baru, yang diuar-uarkannya pada 16 September ini.

Anwar menjawab dengan yakin: "Persoalannya ialah bukan 'jika', tetapi 'bila'."Beliau mengkritik bajet 2009 sebagai satu lagi petanda kegagalan kerajaan untuk menyediakan halatuju ekonomi yang kukuh untuk menghadapi cabaran di peringkat domestik dan global.

"Jika kita boleh menubuhkan kerajaan, bajet ini (oleh kerajaan BN) akan disemak semula dan bajet baru akan dibentangkan, insya-Allah," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.

anwar pc on budget 2009 020908 02Hadir sama ialah isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan ketua penerangan, Tian Chua serta beberapa ahli parlimen PKR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.

Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta bimbang dengan peningkatan defisit bajet.Anwar mendakwa, kerajaan telah memberi perangkaan yang tidak tepat kerana mahu memberi gambaran yang baik mengenai pencapaiannya dan kemajuan ekonomi.

Mengulas lebih lanjut mengenai bajetnya, Anwar berikrar untuk mengurangkan defisit - yang dijangka 3.6 peratus KDNK (Keluaran dalam Negeri Kasar) bagi 2009 dan 4.8 peratus tahun ini.Anwar yakin kadar defisit akan turun di bawah kadar 4.8 peratus sekarang jika dilaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan dayasaing serta menghapuskan amalan memberi projek-projek kerajaan tanpa tender.

"Ini akan dengan sendirinya dapat mengurangkan perbelanjaan (kerajaan) dan saya percaya jika kita boleh melakukan secara cekap, kita boleh menyelamatkan RM4 bilion hingga RM5 bilion sekaligus, dan mengurangkan defisit yang dicatatkan," katanya.

Beliau mengkritik kerajaan BN yang didakwanya berbelanja secara tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.Anwar juga berkata, beliau komited untuk mengurangkan harga minyak - yang merupakan ikrar pilihanrayanya - dan mengurangkan cukai peribadi dan korporat untuk mengurangkan beban rakyat.

'Falsafah ekonomi saya sentiasa "tiada cukai, tingkatkan produktiviti', saya tidak pernah mengubah pendirian itu. Kurangkan cukai, produktiviti yang lebih baik dan lebih tinggi," katanya. Baca laporan penuh

Saturday, August 30, 2008

JAMUAN PAKATAN RAKYAT

JAMUAN PAKATAN RAKYAT

TEMPAT : TAPAK EXPO SEBERANG JAYA

TARIKH : 31 OGOS- AHAD 8 MALAM

TETAMU:DATUK SERI ANWAR

KETUA MENTERI PULAU PUNANG

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG

Wednesday, August 20, 2008

2 exco Perak ditahan BPR-malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

Menurut kenyataan BPR, seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Kenyataan itu juga berkata mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga. Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu."Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."

Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR-Harakah

Tuesday, August 12, 2008

Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar



PAKATAN RAKYAT GOYAH ?-MALAYSIAKINI

dari depan
Abdul Hadi dilaporkan berkata demikian sebagai merujuk kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan selepas 16 September ini seperti sedang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap di sidang akhbar di Subang Jaya selepas menghadiri dialog bajet negeri itu bagi 2009, Abdul Khalid berkata:

“Dan saya rasa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi itu menegaskan perlunya masyarakat Malaysia menerima perjuangan mereka untuk memperjuangkan agama Islam dan ummah sebagai salah satu perjuangan yang tidak boleh ditolak ansur.

"Dan kita (Pakatan) menerima hakikat tersebut."

Sementara itu, exco agama kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu hanya satu kenyataan dan dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan sudah tentu ada “tolak-ansur”.

"Itu satu kenyataan. Dalam Pakatan ini, saya fikir, dalam musyawarah (mesyuarat) sudah tentu ada tolak ansur dan sebagainya. Apa pun dasar-dasar (PAS) itu perlu dipertahankan.

"Dan saya fikir untuk membawa dasar seperti itu, tentang ahli-ahli (Pakatan) yang lain, patut dihormati pendapat masing-masing. Dalam penghormatan itulah, saya fikir, kita dapat satu kesepaduan terhadap sesuatu matlamat yang kita perjuangkan," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Menjelaskan lanjut perkara itu, beliau berkata:

"Itu sebenarnya pendirian PAS tentang pemerintahan, tentang pentadbiran, sebab itulah (yang ada) dalam perlembagaan PAS. Maksudnya kalau kita membuat cadangan yang berlainan daripada itu, maka ia bertentangan dengan pendirian PAS."