Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Saturday, February 14, 2009

ISA DIBEBASKAN-MALAYSIAKINI

Kerajaan telah membebaskan tiga orang yang didakwa menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI) selepas mereka ditahan selama lebih lima tahun tanpa bicara, demikian menurut Suaram.

"Kerajaan telah membebaskan mereka dari tahanan," kata penyelaras Suaram Nalini Elunalai.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.

Nalini berkata, ahli perniagaan, Suhaimi Mokhtar dan Mohammad Khider - yang ditahan di bawah ISA, dibebaskan dari Kamunting pada hari Jumaat.

"Kami mahu kerajaan menjelaskan mengapa mereka ditahan lebih dari lima tahun dan mengemukakan apa juga bukti yang ada untuk menahan mereka tanpa bicara," katanya.

"Rakyat Malaysia juga mahu tahu mengapa ketiga-tiga mereka - jika dianggap merbahaya - dibebaskan sekarang dan mengapa mereka kini tidak lagi mengancam negara.

"Ikuti jejak Amerika, tutup Kamunting," katanya.

Elunalai berkata, Suaram dan beberapa badan hak asasi manusia akan menganjurkan Mac ini satu kempen menentang ISA serta mendesak supaya Kem Tahanan Kamunting ditutup.

Thursday, October 9, 2008

Sengsara isteri mangsa ISA mencari sesuap rezeki untuk anak-anak

SANDAKAN, (Hrkh) - Menyara ibu bapa yang sudah berusia, dengan dua orang anak yang masih kecil, Hapipah Majid, terpaksa memikul tanggungjawab tersebut bersendirian setelah suaminya, Abu Bakar @ Zainon Rashid, ditahan ISA.

Sejak enam tahun lalu, Hapipah bertungkus-lumus menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan pelbagai pekerjaan demi masa depan anak-anak. Apatah lagi, tugasnya sebagai seorang pendidik terpaksa dilupakannya kerana beliau adalah isteri tahanan ISA.

ImageSekolah swasta tempat beliau mengajar sebelum ini, bertindak memberhentikan beliau sejurus suaminya ditahan akta maha zalim itu.

Bermula saat hitam itu, Hapipah membulatkan tekad mengintai segala peluang bagi meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa Dua, Sandakan, Hapipah kelihatan tenang melayani pertanyaan Harakah berhubung kehidupannya setelah dipisahkan dari suami tercinta.

Mengimbau kembali detik enam tahun lalu, Hapipah ternyata memiliki kekuatan yang amat tinggi apabila berhadapan detik itu, yang saat itu beliau sedang hamil sembilan bulan.

Namun, hari demi hari beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan demi masa depan anak-anak dan keluarganya. Kini, berbekalkan semangat jitu beliau mengambil peluang menjual ubat-ubatan bagi kelangsungan hidupnya.

ImageSempena Syawal yang bakal menjelma, Harakah mengambil peluang menyampaikan sumbangan pembaca Harakah menerusi tabung ISA yang ditubuhkan sejak April lalu kepada Hapipah.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika mengunjunginya di rumah beliau, 23 Sept lalu. - mr_

Friday, September 19, 2008

Teresa Kok bebas daripada penahanan ISA

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini setelah ditahan lapan hari lepas.

"Saya gembira sebab telah dibebaskan dan saya okay," kata Setiausaha Penyelaras DAP itu kepada pemberita, seperti dilaporkan Bernama, ketika dibebaskan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 1.30 tengah hari tadi."Saya tidak tahu kenapa saya dibebaskan hari ini seperti mana juga saya tidak tahu kenapa saya ditahan".

Antara yang berada di balai polis itu ketika pembebasannya ialah ibunya Poh Seh Kwon dan bapanya Kok Kim Tong serta peguam N.Sankara Nair.

Kok, yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor, adalah antara tiga orang yang ditahan mengikut ISA pada Jumaat lepas. Dua lagi ialah penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan telah dibebaskan Sabtu lepas.

Kok ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 kerana didakwa mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Kok semasa siasatan dijalankan.

"Tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan (polis) memutuskan untuk membebaskan beliau hari ini," katanya. _