Thursday, September 25, 2008

RM1.71 bukan RM2.45 ! RAKYAT DI TIPU LAGI

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.
sumber-tko

Wednesday, September 24, 2008

Harga minyak turun lagi -tapi hanya 10 sen-malaysiakini

Harga minyak dijangka akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan secara rasmi petang ini, lapor laman web akhbar New Straits Times.

Tuesday, September 23, 2008

Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar

KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.
"Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.
"Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.
Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.
Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.
Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.
"Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya," ujarnya.
Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.
Katanya,?kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.
"Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," katanya.
Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.
Beliau juga tidak menafikan perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru. - mj

Monday, September 22, 2008

Bubarkan semua parti perkauman-malaysiakini

Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:

“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

Sunday, September 21, 2008

Agong atau parlimen?

Oleh: Professor Abdul Aziz Bari

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara. Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan. Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan. Walaupun Yang Di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang Dipertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang Di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan tidak menghiraukan peranan penting Yang Di-Pertuan Agong dalam menjaga negara – satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja. Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja. Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang Di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana UMNO menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak. Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini. Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita. Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan. Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang Di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang Di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang Di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang Di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik. Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang Di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi. Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

waubebas.org

Saturday, September 20, 2008

10 TAHUN DALAM REFORMASI:Suatu Catatan Peribadi

DUA TAHUN DALAM REFORMASI:Suatu Catatan Peribadi

Hari itu,20hb.September 1998 terasa diri agak `tegang'.Semalamnya,seorang teman Sdr.Soleh mengajak ke Kuala Lumpur;"ada perhimpunan reformasi besar-besaran",kata beliau.Ajakan tersebut tidak dapat di penuhi kerana ada komitmen lain yang perlu di berikan keutamaan-kenduri kahwin di Kampung,Chenor.Sedari pagi 20.9.1998 hati dan jiwa serasa mengelegak-alangkah bagusnya jika aku dapat bersama Soleh dan rakan-rakan lain di Kuala Lumpur sekarang ini!

Dua tiga hari sebelum itu beberapa orang teman lain telah menghubungi;"ayuh!kita gegar Dataran Merdeka Ahad ini".Mengingatkan ini hati kian berjolak.Kepada isteri di maklumkan hasrat untuk ke perhimpunan Reformasi tetapi malangnya komitmen yang ada membantutkan rancangan.

Chenor hari itu turut sibuk kerana Presiden PAS,Ustaz Fadhil Nor bertandang ke surau Tuan Guru Haji Mohd Baqi,Pesuruhjaya PAS Pahang.Petang 20.9.1998 di simpang Chenor di penuhi deretan motorsikal dan kereta para Pemuda dan petugas PAS menunggu untuk mengiringi Presiden parti.Penulis turut sama berada bersama mereka-berbual sambil menunggu berita mutakhir lewat telefon bimbit.Soleh di hubungi untuk mendapatkan berita,juga beberapa teman yang lain."`Pak Syeikh' dah habis berucap.Datin Seri dah siap membaca peristiharan...dah balik semula ke Damansara",lapor Soleh.

"Ramai tak orang?",tanya saya di muncung Motorola."Lebih seratus ribu...Queen Elizabeth pun ada",jawab Soleh sambil terdengar ketawanya yang istimewa itu.

Hampir maghrib penulis beredar dari Simpang Chenor.Para Pemuda PAS masih setia menunggu.Kereta di pandu menghala ke Bandar Baru Chenor dan di hadapan Balai Polis Chenor,sekatan jalanraya diadakan sedangkan di dalam kawasan Balai luarbiasa sibuknya.Kehadiran ramai anggota Polis dan sekatan jalanraya hari itu sesuatu yang amat luarbiasa bagi pekan Chenor yang damai.Tidak pernah terjadi lagi seingat penulis.Lama setelah itu barulah penulis mendapat tahu jawabannya iaitu ada arahan khas di keluarkan takut-takut Anwar Ibrahim muncul di Chenor dalam rangka `road show' beliau dan kemunculan Polis serta sekatan pada hari tersebut untuk menghalang Anwar dari hadir kesana kononnya.Mengikut maklumat Penulis terima Polis mempunyai anggapan begitu kerana Harakah edisi Jumaat memuatkan berita kenyataan Ustaz Fadhil Nor yang PAS memaafkan Anwar serta sanggup `menerima' beliau.

Malamnya penulis bersiap sedia untuk turun ke surau Tuan Guru bagi mendengar ceramah Ustaz Fadhil Nor.Selepas solat maghrib sambil menonton Buletin Utama (pada masa itu belum di boikot lagi),penulis dan abang `berdebat' yang kadangkalanya hangat mengenai insiden pemecatan Anwar.Kami adikberadik masing-masing dengan hujjahnya diselangseli ketawa.Dan kira-kira jam 9.00 atau 10.00 malam telefon rumah berdering.

"Pak Syeikh dah kena tangkap!",suara Soleh kedengaran tersangkak di hujung talian.Terasa derauan darah berlari menuju ke muka dan degupan jantung kencang tiba-tiba.Penulis hampir terjelepuk keatas sofa."UTK serbu rumah dengan machinegun",lapor Soleh lagi.Saya beristighfar panjang dan bertanya apa perlu Polis menyerbu rumah Anwar sedangkan peguam beliau Raja Aziz Addruce telah membuat kenyataan bahawa Anwar akan di serahkan kepada Polis sekiranya mereka bercadang untuk menahan beliau.Apa perlu tindakan `barbaric' ini,tanya saya.Dan tentunya Soleh tidak punya jawaban.

Setelah memaklumkan berita kepada seisi rumah,telefon didail,kali ini telefon bimbit Dr.Rahim Ghouse dan beliau mengesahkan berita penangkapan Anwar.Beberapa teman lain termasuk teman-teman pimpinan PMUM sewaktu di kampus turut di hubungi dan mereka turut mengesah penangkapan Anwar secara `biadap`itu.

Penulis mengambil keputusan untuk memberitahu Ustaz Fadhil Nor yang berceramah di Surau Tok Guru.Penulis dan abang bergegas dengan kereta ke Surau.Mesej penangkapan Anwar perlu di sampaikan.Dan mesej bertulis tangan diatas kertas putih di hulurkan kepada Ustaz S,(sahabat penulis mantan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pahang) yang duduk diatas pentas untuk di panjangkan kepada Ustaz Fadhil.Dan malam itu juga,Ustaz Fadhil memaklumkan kepada khalayak yang hadir-ribuan manusia yang ada pada malam tersebut-berita penangkapan Anwar Ibrahim dan beliau dengan wibawa seorang pemimpin Gerakan Islam serta karisma pemimpin marhaen menuntut supaya Saudara Anwar Ibrahim di bebaskan!

Begitulah!Malam 20.9.1998 menjadi suatu tanda sejarah tersendiri bagi penulis serta penulis percaya jutaan jiwa manusia yang lain.Malam tersebut terasa amat panjang kerana keputusan telah diambil,esok Isnin 21.9.1998,walau apa pun terjadi, akan berangkat ke Kuala Lumpur.Dan isteri penulis dengan sifat seorang isteri yang solehah dan tentunya dengan penuh rasa kecintaan kepada suami melahirkan rasa bimbangnya kerana khabar-khabar angin bertiup,Kuala Lumpur di `curfew',segala jalan masuk ke KL di tutup dan sebagainya.Setelah meyakinkan isteri agar tidak terlalu bimbang,pagi 21.9.1998 penulis turun dari rumah untuk ke KL.

Sesampai di No.8 Jalan Setiamurni,Damansara bersama Sdr.Soleh,suasana rumah itu nampak begitu murung,ada aura kesedihan yang amat mendalam dan pintu hadapan rumah kelihatan terkoyak angkara serangan UTK.Orang masih ramai disitu tetapi masing-masing bercakap dengan suara laksana orang berbisik dan perlahan.Wajah masing-masing kelihatan sedih dan murung.Terasa hati sayu dan sekaligus marah;marah kerana kekejaman dan ketidakadilan terhadap Anwar dan keluarga beliau.

Kira-kira setengah jam penulis dan Soleh di situ,berbual dan bertukar berita dengan mereka yang berada di rumah tersebut.Setelah itu kami kami beredar.Teman-teman yang berada di Kuala Lumpur di hubungi dengan janji untuk bertemu di masjid Ar-Rahman Universiti Malaya menjelang asar.Ketika itu tersebar berita yang ada kemungkinan Sdr.Anwar Ibrahim di suntik dengan darah yang mengandungi virus HIV telah kedengaran di samping suatu demonstrasi akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana malam tersebut adalah malam penutup Sukan Komanwel.Kami bersiapsedia untuk turut serta.

Selepas asar kami berkumpul di Masjid Ar-Rahman.Abang penulis pun ingin turut serta.Teringat pengalaman di kampus semasa menyertai/menganjurkan beberapa demonstrasi.Dejavu,bisik hati kecil.Tapi kali ini risikonya tentu lebih besar.Kami berdoa kehadrat Ilahi memohon perlindunganNya sebelum bertolak ke Bukit Jalil.Sementara itu seharian helikopter Polis berlegar di ruang angkasa Kuala Lumpur sehingga ke malamnya di Bukit Jalil,2 buah helikopter berlegar dengan suluhan lampu.

Kami solat maghrib di Masjid `Tabligh' berdekatan Stadium.Selesai solat,sempat di beli kain serban putih buat penutup hidung dan mata kalau-kalau `tear gas' di tembak kelak oleh FRU.Sediakan payung sebelum hujan kata penulis kepada teman-teman.Dan kami pun bergerak ke stadium berjalan kaki.

Suasana di luar Stadium di penuhi manusia yang rata-ratanya dalam keadaan `menanti sesuatu'.Di suatu sudut di hadapan patung besar `Wira' maskot SUKOM,kedengaran laungan `reformasi' dan orang ramai mula berkumpul.Kami turut menyelinap di celahan orang ramai yang bersemangat sambil turut melaungkan `reformasi' serta menuntut Dr.Mahathir meletak jawatan dan membebaskan Sdr.Anwar Ibrahim.Laungan keramat itu berkumandang membelah angkasa Bukit Jalil.Ribuan mulut turut melaungkannya dengan penuh berani.Laungan reformasi pun berselang dengan takbir `Allahuakbar!'-Allah Maha Besar.

Penulis bersua satu pasangan India yang turut serta.Apabila takbir di laungkan,mereka pun turut bertakbir.Penulis bertanya,"are you Muslim?" dan dengan senyum mereka menjawab "We are not.But it is not too difficult,only two words.Allahhuakbar."Laung mereka bersama suara-suara yang lain.Penulis tersenyum melihat telatah mereka.

Dan tiba-tiba terdengar jeritan, FRU!Suara tersebut terdengar datang dari belakang.Memikirkan yang FRU berada di belakang,penulis berlari kearah hadapan dalam keadaan (sedikit) panik.Dan dalam keadaan kelamkabut tiba-tiba terasa satu pukulan di bahagian kaki kiri,jadi tak `balance',penulis terjatuh dengan kaki kiri terseliuh akibat pukulan tersebut.Rupanya `baton' FRU yang hinggap!Penulis dapat meloloskan diri dengan keadaan terhencot.

Setelah keadaan reda,kami mengambil keputusan untuk beredar.Kaki kiri terasa sakit yang amat sangat.Melintasi jambatan kecil merentangi sungai yang memisahkan Stadium Bukit Jalil,satu kumpulan Pasukan Palang Merah sedang bertugas.Kepada mereka penulis minta rawatan dan mereka dengan cekapnya telah membalut kaki penulis setelah sedikit minyak angin di sapu.Kepada adik-adik Pasukan Palang Merah yang bertugas malam penutup SUKOM di ucapkan terimakasih.

Kereta di pandu malam tersebut menghala ke Damansara.Rumah No.8 Jalan Setiamurni sekali lagi di kunjungi.Kami tiba sekitar jam 2.00 pagi hari Selasa 22.9.1998.Orang masih ramai di situ.Menarik untuk di sentuh di sini,penulis bersua dengan Sdr.Dato Kamararudin Jaafar (sekarang ahli parlimen PAS) yang nampak agak gelisah;beliau kelihatan sering meninjau keluar melalui jendela rumah Anwar sambil berjalan mundarmandir.Kira-kira 2 jam selepas penulis berjumpa beliau,Dato Kamarudin Jaafar turut `diangkut' Polis di bawah ISA.

Demikianlah catatan kenangan penulis dari 20.9.1998 sehingga dinihari 22.9.1998.Kenangan yang tersimpan kemas dalam ingatan penulis selamanya.Dan tentunya pengalaman tersebut,dari tarikh pemecatan Sdr.Anwar Ibrahim sehingga beliau ditangkap secara biadap mengubah hidup penulis.Tentunya tragedi Anwar yang memberikan dimensi baru dalam hidup penulis.

Selama ini penulis `kurang berminat' dengan politik terutamanya politik UMNO walaupun saban tahun menerima Notis mesyuarat agung tetapi siapa yang mengisi borang keahlian penulis pada ketika itu menjadi misteri;begitu juga yuran tahunan,kerana penulis tidak pernah mengisi dan menandatangani borang keahlian apatah lagi membayar yuran.Bagi penulis,sejak dari kampus,menyedari bahawa UMNO sebenarnya telah hilang idealisma,falsafah perjuangan serta penuh dengan sifar feudal selain dasar-dasar era Dr.Mahathir yang mementingkan KKN dan gagal mengujudkan kehidupan yang demokratiks,penulis merasa mual dengan politik UMNO.Kerana itulah penulis tidak pernah berminat dari dulu untuk aktif bersama UMNO

Tetapi selepas tragedi terhadap Anwar membuka mata kita semua.Dan putaran masa menentukan penulis bersama-sama Hj.Suhaimi Said (ketika itu Ketua Bahagian Penaja Parti Keadilan Nasional Temerloh)pada 7hb.April 1999 menubuhkan jawatankuasa Penaja Parti Keadilan Nasional Temerloh.Dari tarikh tersebut sehingga hari ini penulis bersama-sama dalam perjuangan reformasi ini secara aktif.

Putaran masa dalam lipatan sejarah ini memberikan kesempatan penulis bersua manusia-manusia hebat-Sdr.Hj.Ruslan Kasim,Ezam,Sdr.Gobalakrishnan,Tian Chua,Dr.Hatta Ramli,Salahudin Ayub,dan ramai lagi disamping teman-teman seperjuangan dari Pahang-Dr.Wahid,YB.Jafri,Sdr.Zakaria Hamid,Amir Aziz,sdr.Leong Ngah Ngah,Ustaz Tuan Ibrahim,Dr.Wahab(sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi yang mendukung dan menjiwai perjuangan menegakkan keadilan hakiki di bumi tercinta ini.Mereka dan kesemua aktivis reformasi dari segenap lapisan dan Parti Politik yang bergabung di bawah panji Barisan Alternartif yang mewarnai perjuangan.Dan semangat serta kekentalan hati YB Datin Seri Wan Azizah (Kak Wan) serta keluarga dalam menghadapi musibah angkara Dr.Mahathir dan konco-konconya memberikan rangsangan kuat untuk meneruskan perjuangan ini.

Tentunya tempoh 2 tahun memberikan dampak pengalaman yang tidak ternilai harganya.Sebagaimana yang di katakan oleh Sdr.Anwar Ibrahim dalam suratnya kepada penulis yang menyebut,`Pengalaman dua tahun yang dikira singkat dalam kerangka sejarah biasa;namun dua tahun dalam ledakan Reformasi di Malaysia berhadapan dengan tekanan keras,rakus dan zalim;media fitnah dan dana tidak terbatas dikalangan penguasa lebih cepat mendewasakan kita...

Dan putaran masa meyakinkan kita bahawa reformasi yang kita rintis dua tahun lalu bukan sahaja terus bersemarak tetapi akan melenyapkan kezaliman ketidakadilan ciptaan regim UMNO/BN di bumi tercinta ini.Sepanjang sejarah peradaban manusia telah membuktikan betapa penguasa zalim lagi kejam,kerajaan yang di perintah dengan mengenepikan semangat dan prinsip demokrasi,yang menafikan hak dan kedaulatan rakyat,yang rasuah dan menindas dan menjadi perampok kekayaan negara demi kepentingan diri sendiri dan kroni akan ditumbangkan oleh kuasa rakyat.Dan dengan suatu keyakinan yang utuh `penguasa di hujung senja' yang sedang bertakhta di Putrajaya akan jatuh menyembah bumi,InsyaAllah.Dan yakinlah betapa sejarah sebenarnya menyebelahi kita.

Ahmad Nizam

http://detik.daily.tripod.com/sept/b23septf.htm

Friday, September 19, 2008

Teresa Kok bebas daripada penahanan ISA

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Hrkh) - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini setelah ditahan lapan hari lepas.

"Saya gembira sebab telah dibebaskan dan saya okay," kata Setiausaha Penyelaras DAP itu kepada pemberita, seperti dilaporkan Bernama, ketika dibebaskan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 1.30 tengah hari tadi."Saya tidak tahu kenapa saya dibebaskan hari ini seperti mana juga saya tidak tahu kenapa saya ditahan".

Antara yang berada di balai polis itu ketika pembebasannya ialah ibunya Poh Seh Kwon dan bapanya Kok Kim Tong serta peguam N.Sankara Nair.

Kok, yang juga anggota exco kerajaan negeri Selangor, adalah antara tiga orang yang ditahan mengikut ISA pada Jumaat lepas. Dua lagi ialah penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan telah dibebaskan Sabtu lepas.

Kok ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 kerana didakwa mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Kok semasa siasatan dijalankan.

"Tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan (polis) memutuskan untuk membebaskan beliau hari ini," katanya. _

Wednesday, September 17, 2008

Seorang lagi blogger ditahan-malaysiakini

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.
Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tuesday, September 16, 2008

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong-MALAYSIAKINI

Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional.

tian chua 03 240505Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, langkah ini akan berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam".

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata Pakatan mungkin mendapat campur tangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin untuk meyakinkan baginda berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, agensi berita AFP memetik bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan daripada 116 ahli parlimen - ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih 31 ahli parlimen daripada BN, jumlah yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Monday, September 15, 2008

Mu sekat aku, aku luku kepalamu

Mu sekat aku, aku luku kepalamu

Malam tadi, dalam ceramah di Taman Melewar, Tok Guru Mursyidul Am menghentam Cik Gu Pa sakan-sakan. Marah sungguh Tok Guru dengan tindakan meng"ISA"kannya.

Saya memang suka dan meraikan sangat kebebasan bersuara di dalam PAS. Hujah lawan hujah. Hanya jiwa yang kurang ajar dan berpenyakit sahaja yang takutkan kebebasan hujah lawan hujah.

Zaid serah surat letak jawatan-malaysiakini

Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.

Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaid gagal mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu selepas tidak mendapat cukup pencalonan.

Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan.

Semua 116 cawangan telah mengadakan mesyuarat tetapi empat cawangan diarahkan bermesyuarat semula kerana masalah teknikal.

Berikutan itu, jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu dimenangi oleh bekas timbalannya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, pemangku jawatan tersebut sewaktu Zaid digantung keahlian selama tiga tahun kerana politik wang.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Che Mansor Adabi berkata, kegagalan Zaid itu kerana ahli mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan bahagian.

"Ia mungkin ada kaitan dengan politik Umno yang sedang berlaku sekarang," katanya.

Mohd Fatmi kini setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saturday, September 13, 2008

Philippine Army attacked Friday prayer

September 13, 2008

Joint forces from various outfits of the Philippine Army attacked forces of the 107th Base Command of the Moro Islamic Liberation Front (MILF) yesterday about 1230pm while performing their Friday congregational prayer inside a Mosque at Daliao, Maasim, Saranggani.

This was not the first such attacks against the MILF during religious rituals by government forces. On February 11, 2003 , the Armed Forces of the Philippines (AFP) attacked the MILF at Buliok Complex during the observance of Eid’l Adha, a global Muslim holiday, while the late MILF Chairman Salamat Hashim was delivering his sermon.

Soldiers of the 66th, 72nd, 73rd Infantry Battalions (IBs) and Scout Rangers of the Philippine Army perpetrated the attacked which instantly resulted to one MILF fatality.

MILF forces were unable to finish their prayer.

Several bullets hit the Mosque. But the commander chided that this sort of attack was not surprising because AFP also attacked the MILF during Eidl Adha celebration in 2003 during the siege of Buliok Center and there were also massacres perpetrated by the government soldiers inside a Mosque during the martial law days.

Firing at the Mosque, a sacred religious symbol of the Muslim, is an attack to all the Muslims the world over. This was an act totally disrespectful of the cultural and religious symbols of the Muslims.

Firefight lasted until 3pm between more or less 30 MILF fighters against more than 500 aggressive armies at the vicinity of Post 3 of Camp Khalid bin Walid of the 107th Base Command.

An MILF fighter told Luwaran that they killed more than 10 government soldiers when they fired their rocket propelled grenade (RPG) and hit government soldiers' positions and concentrations.

Several rounds from 105 howitzers were fired against the MILF. The artillery firing were launched from two naval boat docked at the shore of Daliao in Maasim.

Tentera Filifina Menyerang Ummat Islam semasa Menunaikan Solat Jumaat

13 sept 2008
Gabungan tentera filifina dari darat dan laut telah melancarkan serangan serangan keatas ummat Islam yang sedang menunaikan sembahyang jumaat di masjid Daliao, Maasim, Saranggani.. Masjid ini adalah dalam kawasan kawalan 107th Base Command of the Moro Islamic Liberation Front (MILF). Pertempuran berlaku dari 12.30pm hingga ke 3 pm di bahagian Post 3 of Camp Khalid bin Walid of the 107th Base Command.Bedilan dari 2 kapal tentera yang berlabuh di Daliao in Maasim turut di gunakan dalam pertempuran 30 mujahideen dengan 500 askar filifina itu.

Nampaknya sekarang bukan commander bravo dan kato yang di cari tetapi operasi tentera filifina telah kearah mewujudkan peperangan besar dengan ummat islam moro. Ini adalah bukannya kali pertama askar filifina menyerang ummat islam semasa bersembahyang di masjid. Pada February 11, 2003, tentera filifina telah menyerang ummat islam di Buliok Kompleks semasa ummat islam menunaikan Eidul Adha semasa Ketua MILF Salamat Hashim memberi khutbah.
Sebab itulah dalam Al Quran Allah mengingatkan Ummat Islam sentiasa berwaspada terhadap musuh berbagai bukan saja dalam medan peperangan , medan politik malah dalam masa menunaikan sembahyang berjemaah. Musuh memang sentiasa mengintai intai bila kita cuai dan lemah supaya dapat de serang secara mengejut dan kuat. Maka ayat di bawah di turunkan untuk mengingatkan ummah. Memang Allah sentiasa mengingatkan kita dengan bermacam nasihat namun kita mudah lupa

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
Al Nisa 4 : 102


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15911

Thursday, September 11, 2008

Raja Petra ditahan bawah ISA-malaysiakini

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.

Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Wednesday, September 10, 2008

Malaysia’s Exiled MPs-malaysiakini

From TODAY’S WALL STREET JOURNAL ASIA

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has vowed to entice 30 Members of Parliament to join his coalition and unseat the government next Tuesday. But can any of those pols jump ship if they’re not in the country?

Earlier this week, more than 40 of the ruling National Front coalition’s 140 MPs flew to Taiwan for an agricultural “study tour.” All backbenchers, nearly half hail from Sabah and Sarawak, the Borneo Island states with a clutch of MPs rumored to be considering Mr. Anwar’s offer. The state-run Bernama News Agency reported that the group is expected to return next Wednesday or Thursday — which happens to be after Mr. Anwar’s Tuesday deadline.

The government, from Deputy Prime Minister Najib Razak to the backbencher caucus that organized the excursion, denies a link between the trip and Mr. Anwar’s time line. The opposition thinks otherwise. Mr. Anwar said Tuesday that the opposition could “postpone” its takeover bid.

Whatever the real reason behind it, the timing of this trip hasn’t done much to engender confidence in Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s government. Mr. Abdullah has already showed signs of his unease in recent weeks as the opposition movement has gained momentum. Late last month, his government banned a popular pro-Anwar news portal. In late July, he implied that Mr. Anwar could use corrupt practices to “entice” MPs to join the opposition. Mr. Anwar denies he would do such a thing.

If Mr. Abdullah really wanted to prove that his ruling coalition can withstand a challenge from Mr. Anwar, then he could have exerted some executive influence and convinced the backbenchers to stick around and vote with his side. But perhaps some good will come of all this. After all, the MPs are in Taiwan, one of Asia’s most vibrant democracies. Maybe they’ll learn something.

Thursday, September 4, 2008

JADUAL PERALIHAN DAN PENGHIJRAHAN-malaysiakini

5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September: Sidang tergempar Parlimen.

10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

SUMBER

Wednesday, September 3, 2008

Program Jejak Fakir Kali ke 4-malaysiakini

Salam-
Rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT. Merujuk kepada perkara diatas.
Berdasarkan program Jejak Fakir yang telah menjadi acara tahunan Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang, saya mewakili Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dengan penuh rasa takzim dan rendah hati ini memohon sumbangan dari pihak rakan-rakan untuk menjayakan program ini.

Program ini adalah merupakan kali ke empat setelah bermula sejak tahun 2004. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang akan menetapkan 2 hari untuk menjalankan misi menyampaikan bantuan ke bahagian-bahagian di dalam Negeri Pulau Pinang ( 21hb Sept dan 28 hb Sept 2008). Senarai penerima bantuan disediakan oleh Angkatan Muda Bahagian yang terlibat. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada saya sendiri atau kepada bendahari Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang.Sasaran bantuan ialah seramai 10 penerima x 11 bahagian= 110 penerima (Keluarga). Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00
Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga RM 105.50
Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah
RM 105.50 x 110 keluarga : RM 11, 605.00

Setakat tarikh email ini dihantar Angkatan Muda Keadilan telah berjaya mengumpulkan RM 1258.00 sumbangan. Kami masih mengharapkan ada sumbangan dari pihak yang prihatin. Sumbangan diterima sehingga 19 hb Sept 2008.Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan rakan-rakan sekalian
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Bendahari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Sdr Aidi Rafizul bin Idrus (Bendahari AMK Negeri Pulau Pinang)
Tel: 016-4362117
Account : Aisyalami Ent ( RHB Bank : 20715800028482)

Tel : 012-4984556
Regards,
Rizal Tahir
Naib Ketua 1,
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang

Tuesday, September 2, 2008

Anwar janji 'bajet baru' lebih baik-malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membentangkan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.

Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit, mengurangkan cukai dan harga minyak, merangsang pelaburan serta mengamalkan sistem tender terbuka.Anwar menegaskan demikian ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan bajet baru jika berjaya menubuhkan kerajaan baru, yang diuar-uarkannya pada 16 September ini.

Anwar menjawab dengan yakin: "Persoalannya ialah bukan 'jika', tetapi 'bila'."Beliau mengkritik bajet 2009 sebagai satu lagi petanda kegagalan kerajaan untuk menyediakan halatuju ekonomi yang kukuh untuk menghadapi cabaran di peringkat domestik dan global.

"Jika kita boleh menubuhkan kerajaan, bajet ini (oleh kerajaan BN) akan disemak semula dan bajet baru akan dibentangkan, insya-Allah," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.

anwar pc on budget 2009 020908 02Hadir sama ialah isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan ketua penerangan, Tian Chua serta beberapa ahli parlimen PKR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.

Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta bimbang dengan peningkatan defisit bajet.Anwar mendakwa, kerajaan telah memberi perangkaan yang tidak tepat kerana mahu memberi gambaran yang baik mengenai pencapaiannya dan kemajuan ekonomi.

Mengulas lebih lanjut mengenai bajetnya, Anwar berikrar untuk mengurangkan defisit - yang dijangka 3.6 peratus KDNK (Keluaran dalam Negeri Kasar) bagi 2009 dan 4.8 peratus tahun ini.Anwar yakin kadar defisit akan turun di bawah kadar 4.8 peratus sekarang jika dilaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan dayasaing serta menghapuskan amalan memberi projek-projek kerajaan tanpa tender.

"Ini akan dengan sendirinya dapat mengurangkan perbelanjaan (kerajaan) dan saya percaya jika kita boleh melakukan secara cekap, kita boleh menyelamatkan RM4 bilion hingga RM5 bilion sekaligus, dan mengurangkan defisit yang dicatatkan," katanya.

Beliau mengkritik kerajaan BN yang didakwanya berbelanja secara tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.Anwar juga berkata, beliau komited untuk mengurangkan harga minyak - yang merupakan ikrar pilihanrayanya - dan mengurangkan cukai peribadi dan korporat untuk mengurangkan beban rakyat.

'Falsafah ekonomi saya sentiasa "tiada cukai, tingkatkan produktiviti', saya tidak pernah mengubah pendirian itu. Kurangkan cukai, produktiviti yang lebih baik dan lebih tinggi," katanya. Baca laporan penuh