Saturday, August 9, 2008

permatang pauh-malaysiakini

Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.
"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Calon bebas

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".
Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR.

"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.
"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.

"Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang). "(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.

Rumah Shahrizat dilontar bom api

Ketika kejadian Shahrizat dan anggota keluarganya sedang tidur. Tiada tangkapan yang dibuat setakat ini.

Wan Ahmad Bhari berkata pengawal keselamatan rumah itu ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di depan rumah sebelum melontar sesuatu.

Siasat motif sebenar

Ditanya sama ada kejadian itu adalah angkara dendam, Wan Ahmad berkata, polis belum mengenalpasti motif sebenar dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi kesalahan perbuatan khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

ambiga sreenevasanDifahamkan rumah itu pernah didiami Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga, sebelum dijual kepada Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno itu pada 2005.

Sementara itu, seorang anggota keluarga Shahrizat, yang tidak mahu namanya disiarkan ketika ditemui pemberita, mendakwa beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum "memeluk Islam" hari ini.

"Suspek mungkin sangka Ambiga masih tinggal di rumah ini dan oleh itu mereka baling bom. Shahrizat sudah tiga tahun beli rumah ini,” katanya.

Sementara itu, di Butterworth, Bernama melaporkan Shahrizat mengesahkan penemuan bom api itu dan beliau difahamkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan forum "memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam.

"Dengar kata ada kena mengena dengan forum "memeluk Islam". Polis sedang siasat perkara itu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan jentera pilihanraya Umno bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Shahrizat berkata beliau melihat bom api itu, dipercayai dibaling dari hadapan rumahnya awal pagi ini, di perkarangan rumahnya sebelum berlepas ke Pulau Pinang untuk menghadiri perjumpaan itu.

"Kita tidak suka apa-apa bentuk keganasan," katanya sambil menjelaskan beliau tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara itu.=malaysiakini

Friday, August 8, 2008

Tidak etika Anwar jadi PM 'pintu belakang'-malaysiakini

Percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui "pintu belakang" dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik, kata bekas pemimpin PKR Dr Chandra Muzaffar.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya hari ini.
Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan
martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat
untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Menurut laporan Bernama, Dr Chandra berkata Anwar terlalu taksub untuk menjadi perdana menteri secepat mungkin sehingga sanggup beliau berusaha keras memujuk sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN menyertai PKR.
"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan.

"Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" Dr Chandra dipetik sebagai berkata.
Beliau menambah, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan BN melalui perbuatan lompat parti telah mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negara sejak beberapa bulan lepas.

"Jika ancaman lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan ramai rakyat tahu bahawa pada satu ketika dahulu Anwar sebagai pemimpin BN dan kerajaan persekutuan telah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan, walaupun Anwar menyatakan yang pujukannya tidak melibatkan wang atau ganjaran lain, daripada segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
Beliau berkata lagi, amat menyedihkan politik seumpama ini dilakukan
oleh ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.

"Mereka sepatutnya cuba meyakinkan beliau yang ia lebih bermaruah untuk memasuki Putrajaya melalui pintu depan. Ini dengan cara memenangi pilihan raya umum ke-13 di peringkat persekutuan dan membentuk kerajaan menerusi undang-undang, dengan cara beretika," katanya, lapor agensi berita itu lagi.
Dr Chandra menambah, jika Anwar memasuki Parlimen selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16-26 Ogos, beliau sepatutnya cuba merapatkan jurang yang memisahkan parti-parti Pakatan Rakyat dengan merumuskan program dan visi pembaharuan bersepadu, dan melupakan perkara lama yang sudah lapuk dan basi.

"Harapannya ialah beliau juga akan, sebagai ketua pembangkang, membentuk kabinet bayangan yang akan mendesak kerajaan BN untuk memperkenalkan sebanyak mungkin perubahan yang diperlukan.
"Inilah yang rakyat mahu beliau lakukan. Anwar tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi melalui pintu belakang."

Tuesday, August 5, 2008

10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR


2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

"
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13889