Wednesday, July 30, 2008

'Utbah bin Rabi'ah Moden

Di antara tawaran yang dikemukakan oleh perunding Musyrikin Quraisy Abu Al-Walid Utbah bin Rabi'ah kepada Rasulullah semasa dialog rundingan untuk meminta Rasulullah memberhentikan penyeruan kepada Islam ialah:

i) Memberi kuasaan kepada Rasulullah.
ii) Mengangkat Rasulullah menjadi ketua(raja) di Mekah.

Kedua tawaran itu bersyaratkan Rasulullah meninggalkan seruan kepada pentauhidan semata-mata kepada Allah Taala. Rasulullah menolaknya kerana dalam soal aqidah tiada kompromi antara kebenaran dengan kebatilan.

Merujuk kepada politik semasa tanahair. UMNO Perak dan Selangor tawarkan PAS dengan jawatan MB dan Exco yang ramai. Terbaru MB Pahang juga tawarkan jawatan Exco kepada PAS ( Datuk Nan tak berani tawarkan jawatan MB pada ADUN Semantan @Beserah)

Begitulah episod Sirah senantiasa berulang-ulang. Watak 'Utbah bin Rabi'ah senantiasa wujud sepanjang zaman seperti mana watak Abu Jahal juga senantiasa menjelma setiap waktu dan zaman.

Hanya orang yang menghayati Sirah sahaja yang dapat membaca permainan politik warisan Musyrikin Mekah. Golongan Jahiliyyah Moden menyangka Gerakan Islam adalah mempunyai sama pemikiran seperti mereka iaitu laparkan jawatan dan pangkat.

Mereka fikir Gerakan Islam adalah gerakan yang bermatlamatkan keduniaan semata-mata. PAS adalah Gerakan Islam yang hanya bermatlamatkan menegakkan Islam di bumi Malaysia.

Mereka tidak kisah siapa yang menjadi PM atau MB. Apa yang penting, bumi Malaysia diperintah berdasarkan hukum Allah Taala. Satu soalan kepada UMNO, adakah mereka setuju jika sekiranya Malaysia diperintah dengan hukum Allah? Kes Kelantan menjadi bukti "kemunafikan" UMNO. Sampai kini Kelantan tidak dapat laksana undang-undang Al-Quran.

Siapa yang memberi amaran jika Kelantan laksana hukum Allah Taala? UMNO lah. PAS boleh menerima UMNO jadi MB, tetapi dengan syarat benarkan PAS memerintah negeri Perak dan Selangor dengan hukum Islam.

Selesai masalah. Sanggupkan UMNO memenuhi kehendak PAS itu. Apapun buktikan keikhlasan UMNO dengan Kelantan dulu.

Benarkan Kerajaan Kelantan laksanakannya.
dari tko

Sunday, July 27, 2008

Mohon Bantuan Untuk Madrasah Tahfiz/Tahfizah

Oleh jingoza-TKO

"Madrasah Tahfiz dan TahfizahAssalamualaikum wbr semuaMadrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala LumpurTerletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggipasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yanglalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqahyang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid sertapejabat-pejabat kerajaan dan swasta .Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigihmendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya.

Pada masa ini terdapat 51orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazahsepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalahsesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpabantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuksama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg.Baru , Kuala Lumpur .
Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungiUstaz Fadzli 019-3838730

Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -1415-3010-0014- 53

.Minta tolong anda terus sebarkan berita ini dan jangan diputuskanrangkaiannya supaya sumbangan dan bantuan dapat berterusan bagimembantu kerja-kerja kejalan Allah ini.Wassalam

Monday, July 21, 2008

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Raja bukan sekadar pelengkap adat - Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 21 Julai — Raja-raja merasakan peranan mereka dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana “mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan”, titah Raja Dr Nazrin Shah.

Pandangan berterus-terang Raja-raja dalam perkara-perkara berkaitan perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman, dan warga terus sejahtera dan makmur, titah baginda.

“Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka,” titah Raja Nazrin dalam pidato bertajuk “Institusi Beraja"

di Intan di sini hari ini.

Baginda bertitah bahawa setelah 50 tahun kemerdekaan negara, Raja-raja telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus bersifat berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen oleh mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan kuasa politik, titah Raja Muda Perak.

“Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

“Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan,” titah Raja Nazrin.

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.

“Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan melantik Menteri Besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

“Dalam urusan lantikan Perdana Menteri demikian juga Menteri Besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan,” titah baginda.

Dalam suasana demikian, titah Raja Nazrin, Raja Pemerintah boleh bertindak atas budi bicara Baginda menentukan tokoh yang difikirkan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan yang berkaitan, dan kegagalan menggunakan budi bicara tersebut secara bijaksana, akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai satu kegagalan Raja Pemerintah melaksanakan tanggungjawab paling asas secara adil lagi saksama.

Baginda bertitah, keputusan pilihan raya umum Mac lalu telah meletakkan tanggungjawab besar kepada Istana Perak, di mana berasaskan keputusan, pihak yang mendakwa mendapat sokongan majoriti kelihatan kabur.

Pada pilihan raya itu, Barisan Nasional menenangi 28 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Perak, manakala DAP menguasai 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), tujuh kerusi dan PAS enam kerusi.

Rangkaian DAP, PKR dan PAS menguasai 31 kerusi, namun, menurut Raja Nazrin, mereka perlu secara sahih mencapai kata sepakat untuk memilih calon yang dapat menyakinkan Raja Pemerintah bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

“Mereka melalui proses yang panjang sebelum Menteri Besar dapat mengangkat sumpah jawatan dan diperkenan dengan tauliah lantikan,” titah baginda.

Baginda juga menyebut contoh di Selangor, di mana BN menguasai 20 kerusi, PKR 15, DAP 13 dan PAS lapan.

“Meskipun rangkaian DAP-PKR-PAS memperlihatkan majoriti yang nyata, namun Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih perlu memastikan bahawa calon yang baginda berikan perkenan diterima oleh ketiga-tiga parti yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran,” titah Raja Nazrin.

Titah baginda, krisis Menteri Besar turut berlaku dalam senario BN memperoleh kemenangan ketara seperti di Perlis di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Raja Nazrin bertitah walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan calon yang direstui oleh pimpinan pusat untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri itu, namun timbul senario “parti dalam parti” apabila calon pilihan pengerusi BN (Perdana Menteri) di peringkat pusat tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN di peringkat negeri.

“Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan tidak dapat memenuhi titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis untuk membawa menghadap majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang memberi sokongan terhadap beliau. Baginda lalu melantik calon yang Baginda yakin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan,” titah Raja Nazrin.

Senario di Terengganu pula “menguji hubungan institusi Raja dengan institusi rakyat,” titah baginda.

Titah baginda, calon yang dinamakan oleh pengerusi BN untuk mengisi jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Istana.

Menurut baginda, terdapat perselisihan sesama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN dan juga dalam kalangan pimpinan Umno peringkat negeri.-

utusan-BERNAMA.

Tuesday, July 15, 2008

OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM

Signed by (in Alphabetical Order of First Names):
Dr. Abubaker Al-Shingieti President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)
Prof. Dr. Akbar Ahmed Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK
Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri Founder and Director, Taba Institute, United Arab Emirates
Mr. M. Ali Lakhani Founder and Editor of Sacred Web: A Journal of Tradition and Modernity, Canada
Dr. Anas Al-Shaikh-Ali Chair, Association of Muslim Social Scientists UK Academic Advisor, International Institute of Islamic Thought, London
Ms. Amina Rasul Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines
Prof. Dr. Aref Ali Nayed Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia
Asst. Prof. Dr. Caner Dagli College of the Holy Cross, Worcester MA, USA
H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić Grand Mufti and Head of Ulema of Bosnia and Herzegovina
Prof. Dr. Din Syamsuddin President, Central Board of Muhammadiyah, Indonesia
Mr. Eboo Patel Founder and Executive Director, Interfaith Youth Core, USA
Ms. Farah El-Sharif President, Muslim Students Association, Georgetown University, USA
Shaykh Faraz Rabbani Hanafi Scholar; Instructor, The Razi Institute, Canada
Dr. Faroque Khan Chairman, Islamic Center of Long Island, NY, USA
Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal Chairman of the Board of the Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Jordan
Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti Hadramaut, Yemen
Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton Writer on Islam, UK
Dr. Ibrahim Kalin Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey; Asst. Prof. Georgetown University, USA
Prof. Dr. Ingrid Mattson President, The Islamic Society of North America (ISNA)
Dr. Jamal Barzinji Vice-President, International Institute of Islamic Thought, USA
Dr. Jonathan Brown Assistant Professor, University of Washington, USA
Dr. Marve Kavakci George Washington University
Dr. Mohammad Fadel Assistant Professor of Law, University of Toronto, Canada
Dr. Mohamed BechariPresident of the National Federation of Muslims of France (FNMF); Secretary-General of The Islamic European conference (EIC/CIE); Vice-President of the Foundation of Islamic Works of France (FOI); President-Rector de of the Avicenna Institute (IASH), France
Mohamed H. Marei Founder and Director, Qasid Institute, Jordan
Hafiz Moez Masoud Host of Al-Tariq Al-Sah television show, Cairo, Egypt
H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann Author and Muslim Intellectual, Germany
Mr. Musa Saket Chairman of the Board, Al-Salam Audio Media (Hayat Fm), Jordan
Prof. Dr. Mustapha Cherif Muslims Intellectual; Former Minister of Higher Education and Former Ambassador, Algeria
Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui Islamic Scholar and Theologian; Chairman of the Fiqh Council of North America, USA
Dr. Nabil El-Sharif Editor- in-Chief, Al-Dustour Daily Newspaper, Jordan
Mr. Nihad Awad National Executive Director, Co-Founder Council on American-Islamic Relations (CAIR), USA
Shaykh Nuh Ha Mim Keller Author and Educator, Jordan
Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi Author and Muslim Scholar, UK
H.E. Prof. Dr. Rusmir MahmutcehajicProfessor, Sarajevo University; President of the International Forum Bosnia; Former Vice President of the Government of Bosnia and Herzegovina
Dr. Sayyid Syeed ISNA Secretary-General, USA
Mr. Sohail Nakhooda Editor-in-Chief, Islamica Magazine
Prof. Dr. Sulayman S. Nyang Howard University, USA
Dr. Tawfik Awji Beirut Islamic University, Lebanon
Dr. Yusuf Islam Composer and Philanthropist, Islamia Schools Trust, London, UK
Dr. Yousuf Zia Kavakci Director Islamic Association of Northern Texas and Member Fiqh Council of North America.
July 2008 CE; Rajab 1429

Saturday, July 5, 2008

7 tahun dalam ISA, Shahrial

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.

Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.

Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.

Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.

Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.

Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.

Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.

Sementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.

Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.

Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.

Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.

Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.

Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.

Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.

Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.

Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.

Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.

Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.

Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.

Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.

Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336